Rabu, 31 Januari 2018

Pada hari Selasa yang lalu, kelab bola sepak MMPT telah mengadakan perlawanan persahabatan bersama pelajar dari SMK Pedu di padang SK Pedu.






Tahniah kepada guru-guru bola sepak MMPT, Ustaz Maaz, Ustaz Zukri, Ustaz Din dan Cg Hasif dan para pemain.

*Kredit gambar : Cg Hasif

Hari ini, pasukan bola jaring sekolah juga mengadakan perlawanan persahabatan  bersama pelajar SMK Kuala Nerang. Tahniah diucapkan kepada para pelajar dan guru-guru pengiring, Cg Hasna, Cg Norhashikin dan Ustazah Husna. 





Perlawanan persahabatan ini diadakan untuk memberi persediaan para pelajar yang akan berentap pada kejohanan KESUMAM nanti. Semoga perlawanan persahabatan ini dapat membantu para pelajar melatih dengan lebih tekun lagi. 

*Kredit gambar: Ustazah Husna

Selamat maju jaya!




Pada 30 Januari 2018, pihak Badan Kaunseling MMPT telah mengadakan satu program motivasi belajar kepada para pelajar Tingkatan 1. Fasilitator yang dijemput adalah Encik Mohd Ruzal Hassan dan Puan Dyna Ahmad dari ''Professional Learning Facilitator Rexcel Training & Event Consultancy''.

Dalam program ini, para pelajar didedahkan dengan langkah-langkah untuk belajar dan isu-isu yang berlaku di alam remaja. Semoga informasi yang disampaikan dapat membantu para pelajar untuk lebih bersedia di alam persekolahan dan alam remaja. 












Ribuan terima kasih diucapkan kepada Badan Kaunseling Sekolah dan fasilitator jemputan.

Pada minggu ini, pihak BADAR MMPT telah melancarkan satu program yang diberi nama 'SELAWAT LIMA MINIT'. Program ini dijalankan pada setiap hari persekolahan di mana para pelajar dikehendaki berselawat selama lima minit seusai tamat sesi persekolahan iaitu pada jam 2.40. 






Semoga usaha yang dilakukan oleh pihak Badar sekolah dapat meningkat perasaan cinta akan Baginda Rasulullah S.A.W. 

 

Pada  28 Januari 2018, MMPT telah memperkenalkan satu program baru yang diberi nama 'Program Cintai Bahasa' di bawah kelolaan panitia bahasa. Dalam program ini, pelajar akan diberi satu tugasan untuk berkongsi dengan para pelajar untuk satu tajuk yang ditugaskan oleh guru. Pelajar, secara bergilir dikehendaki bercakap selama dua minit dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab (mengikut minggu-minggu yang ditetapkan).

'Program Cintai Bahasa' ini bertujuan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar dan dalam masa yang sama membantu membina keyakinan diri. Pada minggu ini, Program Cintai Bahasa dimulakan oleh Panitia Bahasa Melayu. Pelajar tingkatan 5 Najah, Siti Mardhiyah bt Mahazir telah ditugaskan untuk berkongsi tajuk ''Usaha Menjadi Pelajar Cemerlang''

















Tahniah dan syabas kami ucapkan!!

Jumaat, 19 Januari 2018

Hari ini merupakan hari yang cukup bermakna kepada para pelajar SMAMM tahun 2017.
Seramai 6 pelajar telah mendapat keputusan 'mumtaz' dan seramai 20 pelajar mendapat keputusan 'jayyid jiddan'.

















































Senarai pelajar MUMTAZ

1. Husna bt Abdul Ghani
2. Nurasmazatul Nadiah bt Shaperi
3.Zahidah bt Abdul Fatah
4.Norhilwani bt Harun
5.Nurain Uzma bt Ruseli
6.Mohd 'Aqil bin Zulkiflee

Senarai pelajarJAYYID JIDDAN

1. Muhammad Aimaduddin bin Aminordin
2. Muhamad Akif Akbar bin Abdullah
3. Ahmad Izzuddin bin Fadlee
4. Musa'd bin Umar
5. Amirul Hafiz bin Razid
6. Muhammad Yusof bin Abdul Rashid
7. Muhamad Faiz bin Ahmad Radzaudin
8. Muhammad Alif Aiman bin Mohammed Hedri
9. Muhammad Syukran bin Abdullah
10. Nur Fatin Amanina binti Suhaili
11. Wajihah Humaira binti Mohd Asri
12. Nurul Iman binti Asmadi
13. Nurumairah binti Mahdi
14.  Nur Syafini binti Megat Ahmad Tajuddin
15. Siti Mardhiyah binti Mahazir
16. Nurul Yusniza Syahira binti Yusoff
17. Nur Shafiqah binti Mohd Rosli
18. Sharifah Shazwina Izween binti Syed Husaini
19. Nur Ain Habibah binti Ahmad Sukri
20. Mardiana binti Mahmad Nordin


KAMI, WARGA MMPT MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA ANAK-ANAK ATAS KECEMERLANGAN INI. TERUSKAN PERJUANGAN ANDA!!

*pictures taken by  Cg Hasif. TQ. 

Khamis, 18 Januari 2018

Pada 17 Januari 2018, pihak MMPT telah mendapat kunjungan dari pegawai JPN, Encik Anuar Safwan bagi memberi maklumat dan pendedahan mengenai VLE FROG kepada seluruh warga sekolah.

VLE FROG merupakan salah satu cara pembelajaran yang bertujuan memastikan semua pelajar mendapat pendidikan yang baik. Medium ini merupakan platform pembelajaran kendiri di mana para guru dapat memasukkan latihan atau nota ke dalam laman mereka dan dapat dilihat oleh semua pelajar menggunakan ID masing-masing.





 Diharapkan agar pendedahan ini dapat memberi informasi kepada para guru dan pelajar sekolah.

Rabu, 10 Januari 2018

Hari ini, pihak 'Program Waqaf Al-Quran' telah menyumbangkan  sebanyak 200 buah Al-Quran yang telah diwaqafkan kepada para pelajar Tingkatan 1 MMPT dan Pondok Ahmadiah. Program ini telah diuruskan oleh Puan Deviyana binti Mohamad Zainal. Kami, warga MMPT mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa dan sumbangan ini.













Free counters!

LAMAN INI TELAH DILAWATI SEBANYAK

Selamat datang ke Laman Rasmi Maktab Mahmud Padang Terap.

MAKLUMAN TERKINI







PAUTAN

TERUSKAN BERHUBUNG DENGAN KAMI

facebook tweeter google linked in you tube rss

5 PALING POPULAR